Aku jarang makan panadol. Bukan menolak untuk lekas sembuh, tapi rasanya selagi ada alternatif lain, mungkin ia boleh dipilih. Tapi, pendirian itu tak selalu kukuh. Aku ambil jua, kerja banyak. Biar kepala selesa dan aku kena lekas sembuh. Oh Tuhan, itu semuanya penyebab cuma. Tahu, KAU yang memberi keselesaan tika ini.
Bila bangkit semula di dingin hari, aku kembali memerhati komputer. Tugasan dalam subjek Cognitive Psychology: Intelligence and Creativity in Islam.
"Wah, bagus ya topiknya", kata sorang teman.
"Dalam Islam pun ada kreativiti??" Tanya beliau lagi.

"Erk, ada ke takde ek?? Lor..aku masih mencari sebenarnya. Erm, aku memang percaya ada konsep itu cumanya aku kena cari buktinya. Aku masih dangkal untuk memberi teori yang sohih. Moga tugasan ini membantu :)
Dan fakta itu lebih menarik dari omong kosong ya??
Manusia zaman sekarang, jika dikata ada hantu, mereka bukan lari, tapi nak mencari. Nah, begitu sekali. Takut ada yang berkeras nak mencari mana Tuhan pula. Awal telah dikata "Jangan dikaji zatNya, lihat aja segala ciptaanNya"
"Man 'arafa nafsahu faqod 'arafa Robbahu" (siapa kenal dirinya, maka dia kenal Tuhannya)
..dan manusia nampaknya lebih memikirkan "Mana Tuhan??"
Maka kembali lah pada tafsir siapa itu insan; mereka zoluman wa jahulan. Zalim dan bodoh. Erm...manusia sering dipandu nafsu berbanding aqal.
Balik pada cerita kreatif dan kebijaksanaan dalam Islam. Benarkah Islam ada menyebutnya??
Kajian ku belum bermula banyak. Ada sedikit fakta yang dibentang oleh Dr Zakir Naik, seorang pengamal perubatan dan penda'wah dari India. Ya, Islam memang ada menyatakannya.
Dari apa yang aku lihat dan fikirkan, Islam memang ada cerita tentang konsep-konsep ini. Konsep bijak dan kreatif yang terserlah pada manusia walau masih punya limitasi sendiri. Masakan Tuhan mencipta aqal tanpa sebarang sebab, bukan? Ya, dek kerana adanya aqal, maka tercetuslah istilah kecerdikan dan kreatif ni. Kata Islam itu syumul, ya tak? :)

Aku lihat dari penggunaan analogi sendiri. Dalam psikologi kognitif, analogi adalah salah satu metod yang manusia guna untuk memahami sesuatu. Kognitif ni adalah satu tema yang berkait rapat dengan otak (cara manusia fikir, mengingat, buat keputusan, set minda dsb)
Jadi, bila otak diguna cara analogi: ia membantu manusia mengetahui dengan lebih mudah. Contohnya, mengaitrapatkan sesuatu dengan apa yang ada di sekeliling kita. Macam perumpamaan lah :)
Al-Quran menyebutnya. Allah selalu sebut tentang berfikir. Dan melalui analogi, manusia dapat berfikir dan memahami sesuatu dengan mudah. Benar, memang fikir itu banyak benarnya dan hanya yang berfikir dapat melihat bagaimana sesuatu itu terjadi, bukan hanya melongo: bukan angguk dan geleng.
Jadi, usah hanya lihat dan baca, tapi fikir. Guna kebijaksanaan dan kreatif :)
Yang bijaksana itu lebih utama dari melongo saja tak berbuat apa. Adalah nikmat sebuah kehidupan bila dapat memahami sesuatu hingga ke dasar umbi bukan cuma di luar kulitnya. Dalam hadith, Rasulullah ada menyebut 'al-qayyis' yang melambangkan insan fikir. Kitab Tuhan sebut ulil albab (yg berfikir)
Namun, fikir kita ada limitasinya. Bukan berfikir untuk tujuan merosakkan. Bukan fikir untuk melakukan kemudaratan. Fikirlah demi kemaslahatan, demi mencari kebenaran. Fikir kita pada level manusia.
Contohnya bila ulama menggunakan ijtihad mereka. Ini ada kaitan dengan ilmu, kemampuan mereka berfikir baik dan bijak dalam membuat keputusan. Mereka cari penyeleasaian berpandu Kitab Tuhan dan Sunnah Nabi junjungan.
Mereka perlu bijak untuk memilih hukum yang sohih, kena kreatif agar hukum yang baru itu sesuai dan bertepatan dengan fitrah manusia.

Sahabatku kongsikan hadith ini dari Rasul al Amin "Orang yang paling bijak adalah yang sentiasa memikirkan mati dan bersiap sedia untuk menempuhnya"
InsyaAllah..ada kesempatan, aku kongsi isi kajian ini :)
No comments:
Post a Comment